Bunyi Guli Dikaitkan Dengan Gangguan Makhluk Halus Hanya Mitos Semata-Mata? Ini Punca-Puncanya..

LocalOpinion
17 Dec 2024 • 10:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, boleh dikatakan bunyi seperti guli jatuh dalam dinding merupakan satu ‘fenomena’ buat penghuni rumah, terutamanya di bangunan tinggi atau rumah bertingkat.

image is not available

Malah, kebanyakan dikalangan kita mengaitkan situasi tersebut dengan gangguan makhluk halus, tetapi seorang individu telah menjelaskan situasi itu daripada segi faktor fizikal serta struktur.

1. Pengecutan dan pengembangan struktur

Maksud disini, bahan binaan seperti konkrit serta besi mengembang susulan mengikut perubahan suhu. Disebabkan itu, ia boleh menghasilkan bunyi ketukan atau geseran yang menyerupai seperti bunyi guli jatuh.

2. Pergerakan paip air

Bunyi yang kuat di dalam dinding boleh terhasil apabila air berhentikan atau dialirkan dengan laju. Bunyi yang terhasil itu dipanggil sebagai ‘water hammer‘.

3. Hentakan atau geseran dalam saluran

Kerana tidak dipasang dengan ketat, saluran paip, kabel atau komponen logam boleh bergetar dan bergesel kerana terdedah dengan tekanan hingga menghasilkan bunyi seakan-akan guli jatuh.

image is not available

image is not available

Biarpun individu tersebut telah menerangkan punca-punca terhasilnya bunyi guli itu, kebanyakan netizen dilihat tidak bersetuju dan merasakan fenomena ini masih berkaitkan rapat dengan makhluk halus.

image is not available

image is not available 1 year ago

"Memang Suka Tidur Pakai Baju Terdedah" - Wanita Sering Mimpi 'Basah', Rupanya 13 Tahun Nikahi Jin

View Original Article