Bunyi mercun seperti medan perang

LocalOpinion
13 Mar 2026 • 9:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penjualan mercun secara terbuka mencerminkan ketidakpatuhan kepada undang-undang. Gambar hiasan

BELUM lagi bermula tarawih pertama, sudah berdentum merata tempat bunyi mercun yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan penduduk. Kesannya, anak kecil terkejut dan boleh memberikan trauma yang berpanjangan kepada kanak-kanak.

Saban tahun perkara sama menghantui masyarakat negara kita, tidak kira di bandar ataupun di desa perkara sama turut berlaku.

Kadangkala Merak Jalanan tertanya pula bagaimana pula bahan letupan sebegini begitu mudah sekali diletupkan secara bebas di kawasan awam?

Sedangkan permit jualan mercun dan bunga api terpilih sahaja dibenarkan jual dengan permit polis hanyalah mercun yang boleh dikatakan tidak mengganggu komuniti lain seperti happy boom flower, happy boom dan dragon eggs.

Tetapi malang sekali apabila pelbagai mercun lain dilihat begitu bebas sekali dibunyikan seperti ada sambutan keraian yang ‘direstui’ kerajaan atau mendapat kebenaran untuk meletupkannya.

Masyarakat yang bermain mercun pula agak berani sekali tanpa memikirkan kesan kepada pengguna lain, malahan kita juga terlupa yang bermain mercun sama sekali seperti membakar wang sendiri. Sedih, seharian berhempas keringat untuk kehidupan, ia dihabiskan begitu sahaja.

Penjualannya juga dilihat begitu bebas dan tanpa selindung, lebih-lebih lagi jualan dilakukan secara terbuka di tempat awam, ia umpama seperti undang-undang tidak dihormati lagi.

Sekarang ini Ramadan sudah menghampiri penghujung, namun bunyi mercun masih berleluasa. Jadi pihak berkuasa perlu ambil langkah sewajarnya agar rasa hormat di memartabatkan bukannya melakukan pengawasan bermusim.

View Original Article