Siapa dekat sini membesar dengan Dragon Ball? Dari Goku, Vegeta sampailah Piccolo, karakter-karakter ni memang antara yang menemani zaman kecil ramai daripada kita.
Kalau dulu excited tunggu episod baru, sekarang ada benda lain pula yang boleh buat peminat Dragon Ball teruja.
AdvertisementBurger King Malaysia kini berkolaborasi dengan Dragon Ball Super dan ada enam figurine eksklusif untuk korang kumpul!
Bukan Goku dengan Vegeta je tau. Ada juga Super Saiyan God Super Saiyan Goku, Super Saiyan God Super Saiyan Vegeta, Piccolo dan Beerus.
Koleksi ni dah mula ditawarkan sejak 7 September 2026 di semua cawangan Burger King yang mengambil bahagian dan paling penting, ia hanya tersedia untuk tempoh terhad selagi stok masih ada.
So kalau ada karakter favourite yang korang memang nak, faham-faham je lah. Jangan tunggu sampai orang lain dah lengkap enam, kita satu pun tak sempat dapat.
Nak Collect Goku, Vegeta Atau Terus Lengkapkan Enam?
Enam figurine eksklusif Dragon Ball Super ini boleh didapati menerusi Dragon Ball Super-themed King Jr. Meal.
Ada tiga pilihan yang korang boleh pilih iaitu 4-piece Nuggets with Fries and Minute Maid, Chick N Crisp with Fries and Minute Maid atau Cheeseburger with Fries and Minute Maid.
Setiap meal turut didatangkan bersama themed crown dan satu daripada enam figurine Dragon Ball Super.
Harga pula bermula daripada RM13.50 di Semenanjung Malaysia dan RM15.50 di Malaysia Timur.
Nak satu sebab karakter favourite mungkin boleh lagi. Tapi kalau dah dapat Goku, takkan nak biarkan Vegeta seorang dekat Burger King kan?
5 Burger King ‘Berubah’ Jadi Dunia Dragon Ball Super
View this post on Instagram
Bukan collectible sahaja yang special untuk kolaborasi kali ni.
Kalau nak rasa lagi dekat dengan dunia Dragon Ball Super, lima cawangan Burger King di Malaysia turut menerima makeover khas untuk tempoh terhad.
Antaranya ialah Wangsa Maju, Kuala Lumpur; Sunway Pyramid, Selangor; Botani Village, Perak; Limbongan, Melaka; dan Lukut, Negeri Sembilan.
Cawangan terpilih ini dihiasi dengan grafik dan artwork karakter Dragon Ball Super, themed lighting serta visual berskala besar yang membawa elemen daripada anime tersebut ke dalam restoran.
Kiranya datang nak collect figurine, sekali boleh ambil gambar puas-puas.
Jangan Tunggu Sampai Favourite Korang Sold Out!
Kolaborasi Burger King x Dragon Ball Super ini boleh didapati di semua cawangan Burger King yang mengambil bahagian, drive-thru serta saluran digital Burger King Malaysia yang tersedia.
Tapi memandangkan semuanya ditawarkan untuk tempoh terhad dan selagi stok masih ada, peminat Dragon Ball yang memang nak collect mungkin tak mahu tunggu terlalu lama.
Untuk info lanjut mengenai kolaborasi Burger King x Dragon Ball Super, korang boleh ikuti media sosial rasmi Burger King Malaysia.
The post Burger King x Dragon Ball Super Dah Tiba! Ada 6 Figurine Eksklusif Untuk Korang Kumpul first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




