Bursa Malaysia berdepan 2H26 lebih mencabar, Maybank IB saran pelabur semakin berwaspada

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2026 • 11:50 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bursa Malaysia berdepan 2H26 lebih mencabar, Maybank IB saran pelabur semakin berwaspada Image from: Bursa Malaysia berdepan 2H26 lebih mencabar, Maybank IB saran pelabur semakin berwaspada amree04/09/2026 - 11:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 SeptBursa Malaysia dijangka berdepan persekitaran lebih mencabar pada separuh kedua 2026 susulan ketegangan geopolitik berterusan dan jangkaan makroekonomi semakin sederhana.

 

Perkembangan tersebut sekali gus mendorong Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyarankan pelabur agar semakin selektif dan berwaspada terhadap saham-saham di pasaran tempatan.

 

Firma penyelidikan itu berkata, 2Q26 menjadi tempoh terbaik bagi prestasi korporat, manakala situasi mulai Julai lebih mencabar berikutan konflik Timur Tengah dan pertumbuhan lemah makro.

 

“Konflik yang berterusan, berpotensi meninggalkan tekanan kos berpanjangan apabila harga minyak dan komoditi kekal tinggi untuk beberapa tempoh berikutan gangguan bekalan,” katanya dalam nota.

 

Maybank IB mengekalkan sasaran akhir tahun bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada 1,750 mata, mencerminkan penilaian 15 kali ganda pendapatan hadapan, sejajar purata 10 tahun indeks.

 

Ujarnya, prestasi April hingga Jun menunjukkan pemulihan dalam banyak sektor, dengan perladangan dan pengangkutan sebagai terbaik, manakala utiliti, telekomunikasi dan media pula terus merosot.

 

Bursa Malaysia_DagangNews2026

 

Bagi saham dalam liputannya, hasil naik 11.8% tahun ke tahun (YoY), selain lebih banyak syarikat melaporkan keputusan menepati atau mengatasi jangkaan berbanding yang gagal mencapai unjuran.

 

"Kami namun menjangka momentum ini sukar kekal, justeru mengambil pendekatan berhati-hati terhadap saham bermodal besar dan memberi tumpuan kepada kaunter kecil hingga sederhana," kata Maybank IB.

 

Dari sudut strategi, ia memilih syarikat kecil dengan pendedahan kerja mekanikal dan elektrikal (M&E), teknologi serta tenaga boleh diperbaharui (RE), memandangkan kontrak diraih kekal kukuh.

 

Selain itu, ia selektif terhadap saham bermodal besar untuk baki tahun ini dan memberi tumpuan kepada syarikat kecil hingga sederhana sambil menyifatkan sektor perbankan mungkin lebih lemah.

 

Dalam sektor perladangan ujar Maybank IB, pelabur disaran mengambil pendekatan taktikal berikutan jangkaan fenomena El Niño menyokong harga minyak sawit, sekali gus berpotensi memberi manfaat.

 

"Justeru, kami memilih MN Holdings, Pentamaster dan Solarvest dalam segmen kecil dan sederhana, manakala Public Bank dan Kuala Lumpur Kepong Bhd bagi saham bermodal besar," jelasnya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved