Bursa Malaysia cari Pengarah Teknologi Kumpulan baharu selepas tempoh perkhidmatan Ashish Jaywant Rege tamat

LocalBusiness & Finance
14 Jul 2026 • 10:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bursa Malaysia cari Pengarah Teknologi Kumpulan baharu selepas tempoh perkhidmatan Ashish Jaywant Rege tamat Image from: Bursa Malaysia cari Pengarah Teknologi Kumpulan baharu selepas tempoh perkhidmatan Ashish Jaywant Rege tamat liza14/07/2026 - 10:00 Ashish Jaywant Rege Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 Julai – Bursa Malaysia Berhad mengumumkan Pengarah Teknologi Kumpulannya, Ashish Jaywant Rege menamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa 14 Julai 2026 selepas kontrak pekerjaan bertempoh tetapnya berakhir dan membuka laluan kepada pelantikan ketua teknologi baharu bagi pengendali bursa itu.

 

Bursa Malaysia berkata proses mengenal pasti dan melantik Pengarah Teknologi Kumpulan yang baharu sedang giat dijalankan bagi memastikan kesinambungan operasi serta pelaksanaan agenda transformasi digital organisasi.

 

Sementara proses pelantikan itu dimuktamadkan, Naib Presiden Eksekutif Aplikasi, Teknologi Kumpulan, Tan York Kie akan memangku jawatan Pengarah Teknologi Kumpulan bermula 14 Julai sehingga pengganti tetap dilantik.

 

Menurut Bursa Malaysia, proses mencari calon yang sesuai telah dimulakan lebih awal oleh Lembaga Pengarah menerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran bagi memastikan peralihan kepimpinan dapat dilaksanakan secara terancang tanpa menjejaskan operasi teknologi syarikat.

 

"Bursa Malaysia akan membuat pengumuman lanjut mengenai pelantikan Pengarah Teknologi Kumpulan yang baharu pada masa yang sesuai," menurut kenyataan itu.

 

Ashish, 60, yang merupakan warganegara India menyertai Bursa Malaysia sebagai Pengarah Teknologi Kumpulan pada 6 Januari 2020.

 

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau bertanggungjawab menerajui pembangunan infrastruktur digital, operasi keselamatan siber serta sistem dagangan teras bursa.

 

Peranan tersebut menjadi semakin penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini berikutan peningkatan keperluan terhadap sistem dagangan yang stabil, selamat dan berdaya tahan, selain menyokong usaha Bursa Malaysia memperkukuh pendigitalan pasaran modal negara. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved