Bursa Malaysia diperakui Bursa Hong Kong sebagai pasaran modal diiktiraf

LocalBusiness & Finance
23 Jul 2026 • 2:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bursa Malaysia diperakui Bursa Hong Kong sebagai pasaran modal diiktiraf Image from: Bursa Malaysia diperakui Bursa Hong Kong sebagai pasaran modal diiktiraf amree23/07/2026 - 14:15 Pengerusi SC, Datuk Mohammad Faiz Azmi (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Julia Leung (tiga dari kanan) bertukar-tukar dokumen MoU sambil disaksikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican, Pengarah Urusan SC Datin Paduka Azalina Adham, Setiausaha Perkhidmatan Kewangan dan Perbendaharaan Kerajaan HKSAR Christopher Hui dan Pengerusi SFC Dr Kelvin Wong. Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 JulaiBursa Malaysia mencatat pencapaian penting di peringkat global dengan diperakui sebagai bursa saham diiktiraf (RSE) oleh Hong Kong Exchanges and Clearing Ltd (HKEX).

 

Kejayaan terbaharu berkenaan sekali gus membuka laluan lebih luas kepada syarikat tersenarai di Pasaran Utama bursa tersebut untuk memohon penyenaraian sekunder di pasaran permodalan Hong Kong.

 

Pengiktirafan itu juga dijangka memberi akses syarikat Malaysia kepada pelabur antarabangsa serta mewujudkan peluang baharu sumber pembiayaan global menerusi antara pasaran modal terbesar di Asia.

 

"Bursa Malaysia menjadi ke-21 daripada 19 negara menerima status RSE serta menyertai tiga lagi bursa di Asia Tenggara yang sudah pun diiktiraf iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand," kata kenyataan HKEX.

 

Jelasnya, pengiktirafan itu merupakan susulan kepada memorandum persefahaman (MoU) dimeterai bersama Bursa Malaysia pada awal tahun ini bagi memperkukuh hubungan serta peluang rentas sempadan.

 

Pengumuman itu turut dibuat seiring pemeteraian MoU antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong bagi meningkatkan akses bersama kedua-dua pasaran.

 

Hong Kong Exchange_DagangNews2026

 

Ketua Pegawai Eksekutif HKEX, Bonnie Y Chan berkata, pengiktirafan itu mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan serantau serta memperluaskan akses kepada modal di seluruh Asia.

 

"Malaysia antara ekonomi paling dinamik di Asia Tenggara, manakala Hong Kong kekal pusat kewangan antarabangsa utama Asia dan pintu masuk kepada peluang pelaburan di tanah besar China," ujarnya.

 

Tambah beliau, laluan yang lebih cekap kepada syarikat awam tersenarai dan pelabur akan membantu dalam memperkukuh aliran modal, pertukaran idea serta peluang pelaburan antara kedua-dua pasaran.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Fad'l Mohamed berkata, pengiktirafan HKEX membuka peluang kepada syarikat di Pasaran Utama meluaskan capaian kepada pelabur global.

 

Di samping itu, perakuan tersebut membuktikan keyakinan terhadap standard kawal selia, prasarana pasaran dan tadbir urus, serta mengukuhkan kerjasama strategik dua bursa berkenaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved