Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham XL Holdings selepas harga menjunam lebih 34%

LocalBusiness & Finance
24 Jun 2026 • 2:57 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham XL Holdings selepas harga menjunam lebih 34% Image from: Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham XL Holdings selepas harga menjunam lebih 34% hamden24/06/2026 - 14:57 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 Jun - Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat ke atas saham XL Holdings Bhd selepas harga saham syarikat itu merosot lebih 15% dalam dagangan awal hari ini.

 

Kaunter tersebut menjunam sehingga 34.1% pada sesi dagangan pagi apabila mencecah paras terendah harian sebanyak 66 sen berbanding harga penutup 88.5 sen pada Selasa.

 

Bagaimanapun, saham itu mengurangkan sebahagian kerugian sebelum rehat tengah hari apabila ditutup pada 73 sen, susut 15.5 sen atau 17%, dengan lebih lima juta saham bertukar tangan.

 

Saham XL Holdings dibuka tidak berubah pada 88.5 sen dan sempat mencapai paras tertinggi harian sebanyak 90 sen sebelum berdepan tekanan jualan yang ketara.

 

Susulan kejatuhan harga melebihi ambang yang ditetapkan, Bursa Malaysia mengaktifkan mekanisme penggantungan sementara jualan singkat bagi saham tersebut.

 

Aktiviti jualan singkat dijangka disambung semula pada Khamis, jam 8.30 pagi.

 

Pergerakan harga yang tidak menentu itu berlaku meskipun XL Holdings baru-baru ini melaporkan peningkatan prestasi kewangan bagi suku ketiga berakhir 31 Januari 2026.

 

Syarikat mencatat keuntungan bersih sebanyak RM2.05 juta berbanding RM1.4 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Hasil turut meningkat 34.33% kepada RM23.03 juta daripada RM17.14 juta sebelumnya.

 

Menurut syarikat itu, pertumbuhan tersebut disokong oleh prestasi lebih baik daripada segmen pegangan pelaburan dan makanan. 

 

Pelabur dijangka terus memantau perkembangan terkini syarikat serta pergerakan harga saham selepas aktiviti jualan singkat dibenarkan semula esok. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved