Buruh berulang kali ambil syabu kena 5 tahun

LocalPolitics
5 Sep 2024 • 3:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang buruh berusia 42 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan diperintah dikenakan satu sebatan rotan kerana mengambil syabu, berulang kali.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu kepada Ahmad Mohd Ali, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Ahmad didapati mengambil dadah pukul 8.30 malam pada 18 Mei tahun ini selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis di sini.

Dia mempunyai dua rekod sabitan lampau di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) kerana mengambil dadah beberapa kali.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 39C(1) ADB itu membawa hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Ahmad menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap. Selepas menjalani hukuman penjara, Ahmad diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun. Semasa mitigasi, Ahmad yang tidak diwakili merayu hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas alasan Ahmad adalah penjenayah habitual dan kesalahan itu serius.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.