Buruh binaan pukul ibu saudara ditahan

30 Jan 2023 • 4:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

AMPANG - Seorang buruh binaan ditahan kerana disyaki memukul ibu saudaranya selepas berlaku perselisihan faham di sebuah rumah di Jalan Maju Utama, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pada jam 10 malam itu, berlaku perselisihan faham antara seorang lelaki berusia 50 tahun yang juga pengadu dengan suspek yang telah menumpahkan cat di hadapan rumah dan membuang botol minuman keras sehingga pecah.

"Suspek kemudian telah memukul ibu pengadu, 70, sehingga menyebabkan sakit di muka. Motif kejadian adalah wanita itu tidak berpuas hati terhadap suspek yang telah membuat sepah di hadapan rumahnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya berjaya memberkas suspek berusia 36 tahun itu pada hari sama.

"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau yang melibatkan kes jenayah.

"Suspek telah direman selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved