Buruh didakwa ‘sentuh’ anak perempuan

29 Jul 2026 • 1:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buruh didakwa ‘sentuh’ anak perempuan

SETIU – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan memperkosa anak perempuan kandungnya sejak lebih setahun lalu.

Lelaki berusia 52 tahun tersebut membuat pengakuan tidak bersalah setelah kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa memperkosa anak perempuannya yang ketika berusia 13 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan lelaki tersebut di sebuah rumah di mukim Guntong di sini pada pukul 1.30 tengah hari, Januari, Mac dan April 2025.

Bagi pertuduhan keempat pula, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa yang sudah berusia 14 tahun di lokasi sama pada pukul 5 petang, awal Januari lalu.

Dia turut didakwa memperkosa anak perempuannya itu di lokasi sama pada pukul 8.30 pagi, 12 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman antara lapan hingga 30 tahun dan minimum 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan wang jaminan RM20,000 dan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 26 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

The post Buruh didakwa ‘sentuh’ anak perempuan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved