Busana Guna Rambut Sebenar, Aina Abdul Akui Mahu Tampil Dengan Kelainan

Entertainment
28 Jun 2022 • 3:21 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Gaya penampilan Aina Abdul, 28, yang memakai busana direka menggunakan rambut ketika malam konsert di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu (25 Jun) menerima pelbagai reaksi oleh netizen.

Bagaimanapun, rata-rata penonton dan peminat beranggapan bahawa penampilan unik itu sebenarnya tidak diyakini oleh penyanyi itu sendiri.

Aina lebih gemar tampilkan kelainan

Namun begitu, penyanyi lagu ‘Semalam’ itu mengakui yang dia sememangnya lebih suka menampilkan kelainan selain dapat menonjolkan persona dalam dirinya.

image is not available

“Pakai baju in seperti impian menjadi kenyataan. Dibuat dan dipilih dengan butiran oleh team saya. Banyak saya terima komen, apabila saya jadi berlainan, orang sangka saya tak yakin dengan diri sendiri.

Aina Abdul

“Tapi sejujurnya, saya sangat suka menjadi lain, sebab ia membantu saya untuk tonjolkan persona dalam diri saya dan bila ada team yang gila-gila macam saya, proses kreatif jadi makin best,” ujarnya.

Menerima sambutan yang luar biasa

Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung selama dua malam bermula Sabtu lalu hingga Ahad itu telah menerima sambutan yang luar biasa.

Selain daripada kemerduan suaranya yang tidak dapat dinafikan, busana yang menggunakan perincian rambut sebagai material utama turut mencuri tumpuan orang ramai.

image is not available

Aina menerusi temu bual bersama media berkata, persalinan rona hitam tersebut terhasil daripada perbincangannya bersama penata gaya, Abu Shaef Hamza.

Busana rekaan Malinda Looi itu turut menggunakan lebih daripada 150 unit rambut sebenar yang diimport khas untuknya.

“Baju ini berkonsepkan rambut… seperti mana yang anda lihat memang saya memakai baju rambut. Kami sangat bertuah ada pereka fesyen, Melinda Looi.”

Aina Abdul

Source: