Busana Iban Ke Jepun, Ngepan Iban Bakal Bawa Tuah Malaysia Untuk Miss International 2022

29 Nov 2022 • 1:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Busana diberi nama ‘The Majestic Of Ngepan Iban’

Busana Iban Ke Jepun, Ngepan Iban Bakal Bawa Tuah Malaysia Untuk Miss International 2022. Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum dan budaya di seluruh dunia. Pakaian kebangsaan yang diberi nama “The Majestic Of Ngepan Iban” ini merupakan inspirasi daripada pakaian tradisional wanita suku kaum Iban yang terdapat di Sarawak, Malaysia.

image is not available
Busana Iban Ke Jepun, Ngepan Iban Bakal Bawa Tuah Malaysia Untuk Miss International 2022. Kredit foto: Miss International Malaysia Organization

Untuk info, asal usul pakaian tradisional Iban bermula daripada seorang wanita bergelar Kumang. Menurut legenda, Kumang merupakan seorang dewi yang cantik dan baik hati dalam kalangan wanita Iban suatu ketika dahulu. Dewi ini bukan sahaja cantik, malah mahir dalam kerja-kerja lain seperti anyaman, jalinan dan sebagainya.

Bakal diperagakan oleh Giselle Tay wakil daripada Malaysia

Cantik dan nampak terserlah auranya apabila Ngepan Iban ini bakal digayakan oleh Miss International Malaysia 2022, Giselle Tay mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa di Jepun.

Kemahiran Kumang telah menghasilkan pakaian tersebut dan menjadi rujukan sebagai Ngepan Iban yang dikenali dalam masyarakat Iban.

Dengan pelbagai sentuhan elemen yang menarik

Penggunaan fabrik pua kumbu berwarna merah menyerlahkan Ngepan kreatif ini dan sedikit sentuhan eksklusif diberikan pada “marik empang” yang dipakai di bahu, ditambah dengan beberapa perhiasan lain seperti loceng, manik batu dan renda.

Sugu turut diberi sedikit kelainan dimana perekanya menggunakan gabungan burung sugu tinggi dan burung Kenyalang yang merupakan burung rasmi Negeri Sarawak dan akhirnya menghasilkan “THE MAJESTIC OF NGEPAN IBAN”

Difahamkan seramai 68 wakil dari beberapa negara dan wilayah di seluruh dunia akan berkumpul di Tokyo untuk berentap di pentas Miss International 2022 ini.

Acara gilang gemilang itu bakal diadakan pada 13 Disember ini.