Busana inspirasi warisan Murut dan bahan lestari coklat ungguli CFRC 2025

Women's Fashion
26 May 2025 • 3:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

Kota Kinabalu: Nazlee Roslee, 43, dengan rekaan busananya yang diinspirasikan daripada baju tradisional Murut dan diperbuat daripada bahan lestari bertemakan coklat, mengungguli Chocolate Fantasy Runway Challenge (CFRC) 2025 sempena Pesta Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) pada Sabtu.

Nazlee, pereka fesyen sambilan dari Keningau menewaskan lima peserta lain pada pertandingan fesyen yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

CFRC, yang kini memasuki edisi kedua, dianjurkan oleh Persatuan Pereka Fesyen Etika Malaysia (MAEFD) dengan tema ‘ChocoNeo Culture’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pada pertandingan itu, peserta perlu mempersembahkan rekaan yang bukan sahaja menonjolkan nilai estetika, tetapi juga mengandungi unsur simbolisme coklat dari aspek warna, tekstur, corak dan inspirasi.

View Original Article