‘Business partner’ kacak masih bujang, Puteri Sarah tak akan ganggu milik orang

6 Sep 2023 • 8:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon wanita, Puteri Sarah yang membuat ‘comeback’ selepas beberapa tahun menyepi dalam dunia lakonan dilihat telah melebarkan sayap ke Indonesia.

Dia yang kini menjadi usahawan juga dalam perancangan untuk bekerjasama dengan seorang aktor kacak bagi mengembangkan lagi perniagaan.

Gambar tangan ‘seseorang’ jadi perhatian

Terbaru, gosip-gosip nakal mengatakan yang dia kini sedang ‘rapat’ dengan seorang aktor kacak negara seberang telah menjadi perbualan ramai setelah dia memuat naik gambar tangan seorang jejaka di Insta Story miliknya.

image is not available

Rapat sebagai rakan kongsi

Memetik laporan dari Harian Metro, Puteri Sarah memaklumkan yang aktor tersebut bernama Andi Arsyil Rahman, 36 dan merupakan rakan kongsinya.

Dia akui memang rapat dengan Andi Arsyil namun sebagai seorang rakan kongsi memandangkan mereka sedang menjalankan perniagaan di Indonesia.

“Namanya, Andi Arsyil dan dia adalah pelakon Indonesia yang juga seorang ahli perniagaan. Jadi, sekarang kami bekerjasama menjalankan perniagaan produk penjagaan kulit dan tudung kerana dia berhasrat meluaskan bisnes itu di Malaysia.

“Buat masa ini, kami berhubungan baik untuk sama-sama memberi fokus terhadap perniagaannya.

Kebetulan, kami juga memang ada minat yang sama dalam bidang perniagaan,” katanya.

Masih bujang lagi

Ditanya perihal status aktor tersebut, Puteri Sarah menjelaskan bahawa jejaka berkenaan masih bujang dan dia sendiri tidak akan menganggu milik orang lain kerana enggan mencari masalah.

Takkan saya nak kacau orang punya. Mestilah dia masih bujang,” ujarnya lagi.

Bakal berlakon filem di Indonesia

Dalam perkembangan terkini, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, mengatakan yang mereka kini sedang dalam perancangan mengembangkan perniagaan di Malaysia dan juga Brunei.

Tak hanya itu, dia kerap berulang alik ke Jakarta kerana urusan perniagaan serta bakal terbabit dalam menjayakan sebuah filem. Walau bagaimanapun, setakat ini pengambaran telah ditunda berikutan produksi mengalami sedikit masalah.

“Apapun, selain terbabit dengan perniagaan di Indonesia, saya juga ke Jakarta sebab ada penggambaran filem. Tapi, sekarang ada masalah sedikit dan ia (penggambaran) terpaksa ditundakan dulu,” jelasnya.

Untuk rekod, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusuf dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Namun begitu, pada 14 Jun lalu, mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wliayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)