Busker Di Indonesia Tikam Perut Lelaki Hanya Kerana Terganggu Dengan Batuk Kuat

18 Dec 2024 • 5:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
lelaki indonesia kena tikam gara-gara batuk terlalu kuat

Kes jenayah dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat tidak kira di Malaysia atau di negara jiran.

Seperti sebelum ini, tular satu video menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal diserang oleh beberapa individu lain bagi tujuan menyamun. Insiden yang dikatakan kerap kali berlaku di Indonesia itu dipanggil sebagai ‘Begal’.

Difahamkan Begal ini berlaku apabila penunggang motosikal menggunakan senjata alatan tajam seperti parang semasa melakukan rompakan atau samun.

Busker Tikam Perut Lelaki Hanya Kerana Batuk Dengan Kuat

Pada Isnin lalu (16 Disember), tular di media sosial tentang seorang penghibur jalanan yang mengamuk sebelum bertindak menikam seorang lelaki sekitar Kaliwungu, Kabupaten Kendal di Jawa Tengah, Indonesia.

Memetik Sinar Harian, suspek dikenali sebagai Angga Sektiawan telah menusuk perut mangsa, Abdul Wakhid menggunakan sebilah pisau belati di hadapan khalayak ramai.

Menurut jurucakap polis Edi Sukamto Nyoto, mangsa yang pada awalnya sedang membeli makanan haiwan di sebuah toko (tempat jualan barang dagangan) batuk secara berterusan ketika melalui sebelah Angga.

image is not available
Sumber: Tribunnews

Namun suspek tidak berpuas hati kerana batuk si mangsa dikatakan telah mengganggunya.

“Bunyi batuk mangsa dianggap terlalu kuat oleh busker tersebut. Angga yang berasa terganggu sempat bertengkar dengan mangsa sebelum dia menikamnya secara tiba-tiba,” ujar beliau.

Mangsa Jerit Minta Tolong Masyarakat Sekitar

Berbicara lebih lanjut mengenai insiden, Edi Sukamto berkata bahawa mangsa telah menjerit dengan kuat bagi mendapatkan pertolongan daripada masyarakat sekeliling.

Susulan itu, beberapa individu tampil membantu dengan menangkap Angga yang dilihat cuba melarikan diri selepas menikam Wakhid.

Suspek Tersinggung Kerana Menyangka Mangsa Mengejeknya

Siasatan awal pihak polis mendapati berlakunya salah faham di antara kedua-dua pihak. Jelas Edi Sukamto, Angga menyangka mangsa mengejeknya hingga dia berasa tersinggung.

“Mangsa masih dirawat dan pelaku pula ditahan untuk siasatan lanjut bersama barang bukti iaitu sebilah pisau dan sebuah gitar,” ujar beliau lagi.

Source: