Butik Pakaian Terkenal Di KL Pasang CCTV Di 'Fitting Room', Kecoh Aksi Bercumbu Pelanggan Tersebar!

11 Jan 2023 • 12:23 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sebuah butik pakaian terkemuka dalam pusat beli belah di ibu negara didakwa memasang kamera litar tertutup (CCTV) tersembunyi di bilik persalinan pengunjung.

Perkara itu hangat diperkatakan selepas beberapa rakaman di dalam bilik persalinan berkenaan tersebar meluas di laman media dan yang lebih memalukan apabila ada aksi bercumbu sepasang kekasih juga turut dirakam video tersebut.

Namun, tumpuan warganet terarah kepada tindakan butik pakaian itu yang dikatakan sengaja meletakkan kamera CCTV tersembunyi di bilik persalinan pelanggan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah butik pakaian berjenama di Avenue K, Kuala Lumpur.

image is not available

Bilik itu sepatutnya menjadi ruang privasi buat pelanggan yang mencuba pakaian -- namun sikap sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan atas situasi tertentu dan nyata ia telah mengundang kemarahan ramai.

Dikongsikan di laman twitter, rakaman tersebut menerima lebih 10,000 jumlah tontonan dan turut menerima kecaman ramai.

Difahamkan, video berkenaan turut dijual dan dipromosikan secara meluas kepada orang awam menerusi laman media.

Sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan ataupun kenyataan dikeluarkan oleh pihak butik berkenaan berhubung isu tular tersebut dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan rakaman itu di laman media.

Sumber: Majoriti