Butiran Intel Raptor Lake Refresh Tertiris – Core i9-14900K Hadir Dengan 24 Teras, Kelajuan Lewahjam 6GHz

TechnologyDigital
28 Aug 2023 • 3:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel dijangka akan melancarkan siri cip pemprosesan desktop generasi ke-14 mereka, Raptor Lake Refresh pada pertengahan bulan September kelak. Terkini, ia telah dilaporkan bahawa sebuah pekedai barangan elektronik dii Ukraine telah meniriskan sejumlah butiran mengenai model-model CPU Raptor Lake Refresh yang akan diperkenalkan kelak.

image is not available

Cip pemprosesan yang diperlihatkan termasuklah:

  • Intel Core i9-14900K (24 teras fizikal, 3.2GHz kelajuan asas, 6.0GHz kelajuan lewahjam)
  • Intel Core i7-14700K (20 teras fizikal, 3.4GHz kelajuan asas, 5.6GHz kelajuan lewahjam)
  • Intel Core i5-14600K (14 teras fizikal, 3.5GHz kelajuan asas, 5.3GHz kelajuan lewahjam)

Malah, CPU siri KF untuk siri CPU ini juga diperlihatkan, tetapi satu-satunya perbezaan diantara CPU ini dengan model sebelumnya ialah siri KF tidak mempunyai cip grafik terbina didalamnya.

Butiran lanjut mengenai CPU ini tidak diketahui lagi, tetapi seperti yang dikatakan sebelum ini, ia dijangka akan diperkenalkan sewaktu acara Intel Innovation kelak.