Koronavirus: Kerajaan perketat pintu masuk negara

25 Jan 2020 • 3:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Kerajaan melipatgandakan kesiapsiagaan dan pemantauan 24 jam susulan pengesahan tiga kes positif jangkitan pertama koronavirus di negara ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pemantauan dan pemeriksaan di semua pintu masuk negara kini diperketatkan.

“Mesin termal (di pintu masuk negara) kesemuanya berfungsi dan mencukupi. Setakat ini keadaan adalah dalam kawalan,” katanya.

Dengan perkembangan terkini, Pasukan Tindakan Pantas (RRT) dan Pasukan Penilaian Pantas (RAT) Kementerian Kesihatan di lapangan diaktifkan serta-merta bagi menjalankan aktiviti pengesanan kontak di lapangan.

“Semua anggota kesihatan adalah diingatkan untuk memberikan perhatian serius terhadap pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang betul serta mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan infeksi yang optimum pada setiap masa,” katanya.

Beliau berkata, saringan pesakit di semua fasiliti kesihatan perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan kes yang memenuhi kriteria akan dirujuk bagi menjalani penyiasatan selanjutnya.

Dr Dzulkefly turut menasihati orang ramai supaya meningkatkan tahap kesedaran dan kewaspadaan berhubung simptom koronavirus. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved