BWF Gantung Liew Daren, Jerry Gan Kerana Pertaruhan

20 Dec 2024 • 9:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

BWF Gantung Liew Daren, Jerry Gan Kerana Pertaruhan

KUALA LUMPUR, 20 Disember (Bernama) — Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah menggantung bekas pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren dan bekas penganalisis prestasi Institut Sukan Negara (ISN) Jerry Gan, selepas mereka didapati bersalah terbabit dalam kegiatan pertaruhan.

Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.

Dalam kenyataan rasmi hari ini, BWF mengesahkan Daren terbabit dalam aktiviti pertaruhan sejak 2018 dan berusaha menghalang siasatan dengan menyembunyikan maklumat mengenai perlawanan badminton bermula pada 2021.

Menurut BWF keputusan itu diumumkan oleh Panel Pendengaran Bebas (IHP) selepas mendengar kes pada 15 November lepas.

Sementara itu, Jerry Gan mengakui penglibatannya dalam pertaruhan dan kegagalannya melaporkan pembabitan Daren dalam kegiatan tersebut.

“Bukti yang dikemukakan termasuk rekod panggilan telefon, dokumen kewangan, dan perbualan yang menunjukkan penglibatan mereka dalam aktiviti haram ini,” menurut BWF.

Pendengaran kes tersebut diadakan pada 6 hingga 7 Jun, di mana panel mendapati Daren terbabit dalam pertaruhan, mengawal akaun pertaruhan, dan menyembunyikan maklumat penting daripada BWF.

Daren juga memilih untuk tidak mengemukakan bukti langsung dalam perbicaraan itu. Panel turut tidak ragu bahawa Daren telah meletakkan pertaruhan dalam kejohanan badminton di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sumber: Bernama