KKMM nafi dua berita palsu

8 Apr 2020 • 3:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengesahkan dua berita yang sedang tular di media sosial membabitkan wabak Covid-19 adalah palsu.

Pasukan Respon Pantas KKMM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pernah mengeluarkan kebenaran kepada mana-mana syarikat menjual kit ujian pantas Covid-19 sambil mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap jualan kit tersebut di laman sosial.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai perlu mendapatkan maklumat lanjut daripada KKM mengenai sebarang produk berkaitan.

Sementara itu, satu lagi berita palsu adalah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur menafikan dakwaan tentang satu kematian yang berlaku di Sentul Boulevard adalah disebabkan Covid-19 walhal ia diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved