BWYS jual tanah pegangan bebas berharga RM11.28 juta di Butterworth kepada Hung Shang Property

LocalBusiness & Finance
29 Jul 2025 • 10:46 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

BWYS jual tanah pegangan bebas berharga RM11.28 juta di Butterworth kepada Hung Shang Property

image is not available

29/07/2025 - 10:46

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Julai - Pengeluar produk logam kepingan, BWYS Group Bhd menjual tanah pegangan bebas seluas 8,729 meter persegi di Butterworth, Pulalu Pinang kepada Hung Shang Property Sdn Bhd pada harga RM11.28 juta.

Penjualan tanah tersebut adalah selaras dengan strategi syarikat untuk menjana tunai daripada aset bukan teras, meningkatkan kecairan dan memperuntukkan semula sumber ke arah pengembangan perniagaan teras.

Tanah tersebut, yang kini kosong, telah dinilai pada RM8.5 juta pada Jun lalu oleh penilai bebas Rahim & Co International Sdn Bhd.

BWYS berkata, pelupusan itu yang dijangka selesai pada suku keempat tahun 2025, diunjur menjana keuntungan kira-kira RM2.28 juta selepas mengambil kira nilai buku bersih, kos berkaitan dan cukai keuntungan harta tanah (RPGT).

“Hasil bersih daripada pelupusan yang dicadangkan akan digunakan untuk mengukuhkan rizab modal kerja bagi menyokong keperluan operasi dan melabur dalam peluang lain yang selari dengan objektif jangka panjang kumpulan,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

BWYS, yang membuat penampilan sulung di Pasaran ACE pada Julai 2024, terlibat dalam pembuatan produk logam kepingan yang merangkumi kepingan bumbung dan kekuda, sistem rak industri dan paip dikimpal.

Kumpulan itu juga membekalkan perancah serta terlibat dengan perniagaan bahan keluli serta produk berkaitan.
- DagangNews.com

standard