BYD Cars Malaysia Kongsi Teaser Model Baharu – Sea Lion 07 Bakal Dilancarkan Di Malaysia?

LocalCars
1 Nov 2024 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

BYD Cars Malaysia hari ini telah mendedahkan imej teaser yang ‘mungkin’ memberi bayangan tentang kedatangan kenderaan elektrik (EV) baharu ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Imej yang dikongsikan melalui laman Facebook rasminya itu menunjukkan seekor singa laut berenang di dalam lautan biru dengan kapsyen “SUV berprestasi dengan gaya premium.”

Berdasarkan teaser ini, besar kemungkinan model yang dimaksudkan ialah BYD Sea Lion 07, yang pertama kali diperkenalkan di peringkat global semasa acara Auto Guangzhou 2023.

Reka Bentuk BYD Sea Lion 07

image is not available

Dari segi dimensi, SUV elektrik ini berukuran 4,830 mm panjang, 1,925 mm lebar, 1,620 mm tinggi dengan jarak roda 2,930 mm, meletakkannya sebagai SUV segmen D yang bakal memberikan saingan sengit kepada model seperti Leapmotor C10 dan Xpeng G6.

SUV crossover EV bersaiz sederhana yang dibangunkan berdasarkan model sedan sporty, BYD Seal, ini memiliki bentuk bumbung seakan coupe dengan sudut belakang yang condong.

image is not available

Ciri menarik lain ialah lampu belakang LED yang berkelebaran penuh dari kiri ke kanan, menyerlahkan aura futuristik dan elegan sebuah EV serta kehadiran faux diffuser.

Platform BYD e-Platform 3.0 Evo yang Diperbaharui

image is not available

Sea Lion 07 dibina di atas platform BYD e-Platform 3.0 Evo, sama seperti BYD Seal versi terkini yang telah ditawarkan di pasaran China dan Eropah. Dengan teknologi cell-to-body (CTB) dan senibina bateri yang mampu menampung 800 Volt, model untuk pasaran China hadir dalam versi bateri berkapasiti 71.8 kWj atau 80.64 kWj, yang membolehkannya mencapai jarak pemanduan maksimum sehingga 610 km, berdasarkan standard CLTC.

Tiga Pilihan Trenkuasa Ditawarkan

Sea Lion 07 ditawarkan dalam tiga pilihan trenkuasa, termasuk dua varian pacuan roda belakang (RWD) dengan output sehingga 228 hp (170 kW) dan 308 hp (230 kW).

Varian yang tertinggi diberikan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor yang mampu mencapai output keseluruhan sehingga 523 hp (390 kW). Ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j hanya dalam 4.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 214 km/j.

image is not availableimage is not available

Dari segi teknologi, Sea Lion 07 turut dilengkapi dengan ciri kawalan badan pintar DiSus-C BYD merangkumi sistem suspensi adaptif yang menjanjikan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi.

Ciri Keselamatan BYD Sea Lion 07

Di samping itu, model ini didatangkan dengan pakej ADAS canggih DiPilot 100 yang terdiri daripada 12 radar ultrasonik, lima radar gelombang milimeter dan 11 kamera untuk membolehkan bantuan pemanduan Tahap 2. Ciri-ciri ADAS ini termasuk bantuan kekal lorong (LKA), kawalan jelajah adaptif (ACC), amaran keluar lorong (LDW) dan banyak lagi.

Adakah BYD Sea Lion 07 Mampu Menggugat Kedudukan Tesla?

image is not availableimage is not available

Jadi, apa pandangan anda tentang BYD Sea Lion 07 ini? Mungkinkah SUV crossover sporty ini akan berjaya mengatasi dominasi Tesla Model Y dalam pasaran SUV EV saiz sederhana di Malaysia? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

View Original Article