BYD Denza Z Dengan 1000HP dan 0-100 KM/j Bawah 2 Saat Diperlihatkan

WorldCars
27 Apr 2026 • 8:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BYD Denza Z Dengan 1000HP dan 0-100 KM/j Bawah 2 Saat Diperlihatkan

Pada peringkat awal kereta elektrik (EV) dipasarkan sebagai kenderaan mesra alam. Tiada pembakaran bahan api fosil dan prestasi yang tidak setanding kereta dengan enjin petrol. Itu dahulu dan sekarang semakin banyak EV walaupun dalam versi SUV mempunyai prestasi mengalahkan sebuah kereta lumba ICE.

Image from: BYD Denza Z Dengan 1000HP dan 0-100 KM/j Bawah 2 Saat Diperlihatkan

Di Beijing Auto Show, BYD melancarkan Denza Z dengan ia sebuah EV mewah yang menawarkan prestasi tinggi tetapi masih mampu menempatkan empat orang penumpang. Tidak seperti EV lain keluaran BYD, Denza Z akan dipasarkan di Eropah terlebih dahulu dengan pelancaran rasmi akan dilakukan ketika acara Goodwood Festival of Speed pada Julai depan.

Image from: BYD Denza Z Dengan 1000HP dan 0-100 KM/j Bawah 2 Saat Diperlihatkan

BYD masi berahsia mengenai spesifikasi penuh Denza Z. Maklumat yang didedahkan hanyalah motor dengan output lebih 1000 kuasa kuda dan kemampuan memecut daripada 0-100 km/j dalam masa kurang dua saat. Ini meletakkannya di atas kemampuan Tesla Roadster yang diumumkan pada tahu 2017 tetapi sehingga sekarang masih belum dilancarkan secara rasmi.

Selain itu ia akan menggunakan bateri Blade terkini serta sistem pengecasan Flash Charging 2.0 membolehkan bateri dicas sepenuhnya bawah 5 minit. Denza Z sudahpun melakukan ujian di litar Nürburgring dan ditawarkan dalam tiga versi iaitu standard, tanpa bumbung dan edisi khas untuk kegunaan di litar.

View Original Article