BYD Dolphin Malaysia: EV bawah RM100k yang lengkap ciri keselamatan

Cars
27 Jul 2023 • 7:28 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

BYD Dolphin rasmi di Malaysia pada harga bawah RM100,000. Ini adalah EV kedua daripada BYD yang masuki Malaysia selepas Atto 3 dan berdasarkan harga dan helaian spesifikasi, ia jauh meninggalkan Neta V dalam kategori berbaloi.

image is not available

Harga BYD Dolphin di Malaysia

BYD Dolphin ditawarkan dalam dua varian pada harga OTR seperti berikut:

  • BYD Dolphin Dynamic Standard – RM99,999 (RM100,530 OTR)
  • BYD Dolphon Premium Extended – RM124,900 (RM125,730 OTR)

image is not available

Seperti Atto 3, Dolpin turut dilindungi jaminan 6 tahun / 150,000km.

Sistem baterinya pula dilindungi jaminan berasingan 8 tahun / 160,000km. Satu lagi komponen yang dilindungi jaminan berasingan adalah unit pemacu yang diberikan jaminan 8 tahun / 150,000km.

image is not available

Tak terhad di situ, komponen seperti inforia, bearing roda, sensor PM2.5, pelindung habuk, port pengecas AC/DC, bushing/gasket, dan port USB dilindungi jaminan 3 tahun / 60,000km. Kemudian, lampu, sistem pemantau tekanan tayar (TPM), pengampai, dan penyambung bebola dilindungi jaminan 4 tahun / 100,000km.

Spesifikasi BYD Dolphin

Kedua-dua varian BYD Dolphin dipacu oleh motor tunggal tapi memiliki output kuasa yang berbeza. Dynamic Standard memiliki output motor pada paras 70kW (95hp) dengan tork setinggi 180Nm manakala versi Premium Extended mengeluarkan 150kW (204hp) bersama-sama tork pada paras 310Nm. Pecutan kembara kedua-dua varian ini dicatatkan masing-masing pada 12.3 saat dan 7 saat.

image is not available

Jarak kembara Dynamic Standard dilaporkan pada 340km berdasarkan piawaian WLTP. Ia mengambil tenaga daripada sistem bateri berkapasiti 44.9kWh. Bateri itu menyokong sistem pengecasan 60kW DC ataupun 7kW AC.

Kelebihan Premium Extended berbanding Dynamic Standard berterusan ke sistem bateri. Ia ada bteri lebih besar pada 60.48kWh dan ia diterjemah kepada jarak kembara 427km (WLTP). Ia turut menyokong sistem pengecasan DC lebih tinggi iaitu 80kW bersama-sama pengecasan AC 7kW.

image is not available

Untuk kemudahan, ciri V2L disediakan melalui penyesuai khas.

Lain-lain perbezaan yang perlu anda tahu adalah saiz roda Dynamic Standard adalah 16" dengan sistem pengampai torsion beam. Variasi lebih mahal mengunakan roda 17" dengan sistem pengampai multi-link.

image is not available

Apabila berada di dalam kabin, dilaporkan yang tak banyak perbezaan komponen antara kedua-dua varian. Pengguna beroleh sistem inforia 12.8" yang boleh duduk secara melintang ataupun menegak, sama seperti yang anda temukan pada Atto 3. Panel instrumen pula sebesar 5", cukup untuk memaparkan maklumat penting kepada pemandu.

image is not available

Ciri-ciri keselamatan BYD Dolphin boleh dikatakan lengkap, hampir menyamai EV yang lebih mahal dan premium. Anda terima:

  • 6 beg udara
  • kamera keliling
  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Electric Parking Brake System (EPB)
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Traction Control System (TCS)
  • Electronic Brake Force Distribution (EBD)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keeping Support (LKS)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Lane Change Collision Warning (LCW)
  • Emergency Lane Keep Assist (ELKA)
  • Automatic Emergency Braking System (AEBS)
  • Predictive Collision Warning (PCW)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Rear Cross Traffic Brake (RCTB)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Auto High Beam

EV ini akan dipamerkan di 1 Utama bermula 28 Julai hingga 30 Julai 2023. Program pandu uji juga ada kalau anda berminat untuk mencubanya.

Bacaan berkaitan