BYD ‘Laku Keras’ Sampai Tak Cukup Tangan? BYD Sime Motors Agresif Buka Lebih 40 Bilik Pameran Seluruh Negara!

LocalCars
9 Mar 2026 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

BYD Sime Motors terus mengukuhkan cengkamannya sebagai raja kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan pencapaian luar biasa sepanjang 2025.

image is not available

Bukan sekadar mengekalkan takhta sebagai jenama BEV nombor satu selama tiga tahun berturut-turut, BYD kini melonjak menjadi jenama kereta keenam terlaris keseluruhan di pasaran tempatan.

image is not available

Pertumbuhan 'Luar Biasa' 68%

Berdasarkan data terbaharu, BYD berjaya menyerahkan sebanyak 14,407 unit kenderaan pada tahun 2025—peningkatan drastik 68% berbanding tahun sebelumnya. Lebih mengagumkan, enama memperolehi 10,000 pelanggan pertama dalam tempoh 20 bulan dan menarik 10,000 pelanggan seterusnya dalam tempoh 13 bulan kemudian. 

Rangkaian 3S & 4S Yang Agresif

Demi menyokong komuniti pemilik yang kian membesar, BYD kini telah membuka lebih 40 bilik pameran di seluruh negara dimana ia menunjukkan perkembangan yang agak kukuh dengan:

image is not available

Hab Pengecasan Pantas -Kemudahan di cawangan Ipoh ini menampilkan hab pengecas EV pertama di bandar tersebut yang dilengkapi pengecas DC 240kWh dan 180kWh.

Bilik pameran kini di luar bandar: Pembukaan cawangan di Muar, Kluang, dan Kuala Terengganu membuktikan EV kini bukan lagi eksklusif untuk warga Lembah Klang sahaja.

BYD Mansion: Sebuah outlet yang menggabungkan elemen budaya tempatan bakal dibuka di Macalister, Pulau Pinang tidak lama lagi.

Pada masa yang sama, BYD giat menyediakan 34 pusat perkhidmatan selepas jualan pada 2026 dengan penyiapan 9 pusat servis baharu.

Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao, berkata “Pencapaian ini mencerminkankerjasama kukuh antara BYD dan Sime Motors serta komitmen kami untuk meningkatkan standard pemilikan EV di Malaysia. 

"Rangkaian yang komprehensif membolehkan BYD menyediakan sokongan yang mantap sepanjang kitaran pemilikan serta keyakinan jualan semula yang lebih tinggi.

"Setiap outlet baharu kami direka untuk memberikan pengalaman bilik pameran yang lebih baik, mencerminkan janji BYD untuk menggabungkan teknologi canggih dengan persekitaran premium yang berfokuskan pelanggan," katanya. 

View Original Article