BYD Menghasilkan Tablet Untuk Kegunaan Dalam Kenderaan

Cars
14 Aug 2025 • 2:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BYD ialah syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) nombor satu dunia selepas berjaya memintas Tesla sejak awal tahun ini. Keutuhan mereka dalam industri EV tidak lagi boleh ditertawakan Elon Musk kerana nasib syarikat kini adalah seperti dua kutub magnet berbeza. Selepas berjaya menakluk pasaran EV, BYD kini akan memasuki pula pasaran tablet.

image is not available

BYD akan menghasilkan sebuah tablet yang direka khusus untuk SUV EV Fangchengbao Tai 7. Fangchengbao ialah sub jenama BYD dengan kenderaan mereka dipasarkan bawah jenama Denza ke luar negara. Tiada maklumat mengenai spesifikasi tablet ini cuma ia serasi digunakan dalam Tai 7 apabila ia dilancarkan pada Q4 akan datang.

Dengan ini, BYD duduk sebaris dengan Xiaomi dan Huawei yang telah terlebih dahulu memasarkan tablet yang serasi digunakan dalam EV keluaran mereka. Xiaomi misalnya menawarkan cagak terbina dalam SU7 dan YU7 untuk memegang bukan sahaja tablet tetapi pelbagai model telefon pintar, kamera dan pengecas sedia ada.