BYD Seal Dynamic Ditawarkan Pada Harga RM163,800 Dengan Jaminan Bateri 8 Tahun

TechnologyDigitalCars
6 Sep 2024 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BYD merupakan satu jenama kereta elektrik yang popular di pasaran tempatan. Bermula dengan BYD Atto, Dolphin, dan tahun ini mereka telah memperkenalkan BYD Seal iaitu penawaran mereka dalam kelas sedan. Hari ini mereka mengumumkan satu lagi variasi iaitu BYD Seal Dynamic. 

image is not available

Jika dibandingkan dengan BYD Seal Premium dan Performance, BYD Seal Dynamic merupakan kereta versi asas dalam siri Seal, dan mempunyai kapasiti bateri yang lebih kecil iaitu 61.44 kWh LFP Blade berbanding 82.56 kWh untuk Premium dan Performance. Pada kapasiti ini, versi Dynamic memberikan jarak perjalanan 510 KM NEDC dan mempunyai kelajuan pengecasan DC 110kW berbanding 150kW pada Premium dan Performance.

image is not available

Ia dikuasakan dengan motor elektrik pada gandar belakang dengan kuasa maksimum 150kW dan 310 Nm tork, memberikan pecutan 0-100 km/j sepantas 7.5 saat. BYD Seal Dynamic turut menyokong fungsi V2L, membolehkan kereta ini mengeluarkan tenaga elektrik menerusi palam 3-pin. Memandangkan ia merupakan sedan, ia mempunyai ruang penyimpanan but belakang 400L dan but hadapan 50L. 

image is not available

Melengkapkan keluarga Seal, BYD Seal Dynamic yang ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih ini dijual pada harga RM  dengan jaminan selama 6 tahun atau 150,000 KM jarak perbatuan, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000 KM jarak perbatuan, serta jaminan untuk motor pemanduan selama 8 tahun, atau 150,000 KM. 100 pelanggan pertama akan menerima unit pengecasan. 

image is not available