BYD YangWang U8, SUV Mewah BYD, Mungkin Masuk M'sia

LocalCars
24 Oct 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Model terbaharu BYD, BYD YangWang U8 nampaknya telah diintip dalam pemanduan kanan apabila ia dirakam berada berhampiran kilang BYD yang terletak di Xián, China baru-baru ini.

Kelibat itu pula menimbulkan desas-desus bahawa ia akan dieksport ke negara ASEAN tidak lama lagi.

image is not availableimage is not available

Ada juga yang mengatakan sub jenama mewah BYD itu akan dibawa masuk ke Australia dan Eropah.

Lagipun YangWang U8 sudah pun membuat penampilan sulungnya pada Goodwood Festival of Speed, Britain.

Ini sekali gus memberi bayangan ia akan juga menembusi pasaran UK tidak lama lagi.

image is not available

Begitupun, versi RHD YangWang U8 mencerminkan model domestik China, namun terdapat perbezaaan dari segi kedudukan semula stereng.

Malah, saiznya juga agak besar dan SUV mewah ini menawarkan lima tempat duduk.

Untuk makluman, YangWang U8 ditawarkan secara eksklusif sebagai extended-range electric vehicles (EREV). Ia adalah subkategori hibrid plug-in, dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman kecil yang mampu menghasilkan kuasa tambahan untuk mengecas bateri apabila diperlukan, selain boleh dicas melalui kabel kuasa.

Ia yang disumbat dengan enjin turbo 2.0 liter mampu menjana kuasa 200 kW (268HP), manakala setiap satu daripada empat roda digerakkan oleh motor pula menghasilkan 220 kW (295 HP) dan torn 320 NM.

image is not available

Jadi, output keseluruhannya adalah 880 kW ( 1,180 HP) dan tork 1280 NM.

YangWang U8 juga disumbat dengan bateri LFP proprietari BYD dengan kapasiti 49.05 kWj, dimana ia mampu menawarkan jarak gerak elektriknya sejauh 148 kilometer manakala jentera ini sebenarnya boleh dipandu 820 KM WLTP.

Menjengah bahagian kabinnya, YangWang U8 dilengkapi dengan tiga penderia Lidar, radar gelombang 5mm, 12 kamera dan 12 penderia ultrasonik, selain menawarkan pemanduan dengan ciri Bantuan Pemanduan L2 ADAS

YangWang U8 juga menampilkan skrin signatur BYD iaitu skrin infotainmen yang boleh dipusingkan bersaiz 23.6 inci, paparan instrumen melengkung 12.8 inci dan banyak lagi. Di China, YangWang U8 ditawarkan pada harga RM665,000.