Byeon Wooseok Akan Tampil Sebagai Kameo Dalam ‘No Gain No Love’

EntertainmentMovie
30 Aug 2024 • 2:38 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas “Lovely Runner”, pasti ramai yang menantikan drama seterusnya dari Byeon Woo-seok kan?

Terbaru, pasukan produksi mengumumkan bahawa Byeon Woo-seok akan membuat penampilan istimewa dalam drama “No Gain No Love” dalam episod akan datang,

Penampilan istimewa ini terhasil kerana hubungannya dengan pengarah drama itu.

Untuk pengetahuan, “No Gain No Love” diarahkan oleh Kim Jung-sik, yang turut mengarah “Strong Girl Namsoon”.

image is not available

Sementara itu, drama yang diterajui Shin Min-ah dan Kim Young-dae ini mengisahkan tentang perkahwinan di antara seorang pekerja pejabat wanita dengan pekerja sambilan di kedai serbaneka.

Jangan lupa tonton “No Gain No Love” yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin dan Selasa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.