ByteDance Dijangka Mengurangkan Lagi Angka Pekerja Pada Bulan Depan

TechnologyDigital
11 Oct 2024 • 9:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok pada minggu ini telah mengurangkan hampir 500 pekerja di Malaysia, terutamanya melibatkan mereka yang bekerja pada bahagian pengawasan kandungan. Salah satu sebab pengurangan pekerja dilakukan adalah dalam usaha menstruktur semula operasi syarikat, dan menggunakan kelebihan teknologi dalam pemantauan dan pengawasan kandungan.

image is not available

Pada masa yang sama, ByteDance atau TikTok juga dilaporkan Reuters akan melakukan pengurangan lebih banyak pekerja pada bulan hadapan, dalam usaha menyatukan sejumlah operasi serantau. Pekerja negara mana yang akan terkesan masih tidak diketahui lagi.

ByteDance mempunyai lebih 110,000 orang pekerja di 200 bandar seluruh dunia. Dengan perkembangan teknologi, pelbagai syarikat mula menggunakan integrasi kecerdasan buatan dalam mengurangkan beban tugasan berulang oleh pekerja manusia, selain pada masa yang sama turut mengurangkan kos operasi syarikat.