Bytedance Membangunkan AI Meniru Suara Sesiapa Sahaja

TechnologyDigital
30 Jan 2024 • 4:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bytedance telah membangunkan kecerdasan buatan (AI) yang boleh meniru suara sesiapa sahaja berdasarkan beberapa input yang pendek. Menurut laporan Social Media Today, dengan AI pengguna boleh mengubah suara mereka kepada sesiapa sahaja secara masa nyata. Ia membuka pintu kepada penghasil kandungan menggaji orang lain membaca teks yang kemudiannya diubah kepada suara mereka untuk kandungan media sosial.

image is not available

Mereka juga telah memulakan ujian di TikTok di mana sebarang produk dalam video boleh dicari dan kemudiannya dibeli terus daripada TikTok Shop. Ini adalah ciri yang mirip Circle to Search with Google yang diberikan kepada peranti Samsung Galaxy S24 dan Google Pixel 8 baru-baru ini. Tetapi bezanya ialah ia akan menyarankan pembelian produk yang dijumpai terus menerusi TikTok Shop supaya pendapatan boleh dijana dengan lebih mudah.

image is not available

Sebelum ini ciri menandakan produk dalam video perlu dilakukan secara manual dan ciri ini hanya diberikan kepada saluran dan pempengaruh tertentu sahaja. Ujian ciri mencari terus dari dalam aplikasi dan membeli menerusi TikTok Shop pula masih terhad serta tidak diketahui sama ada ia akan dilancarkan kepada semua dalam masa terdekat.