ByteDance Menghentikan Perniagaan Penerbitan Novel

TechnologyDigital
24 Jun 2025 • 5:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ByteDance sebelum ini sedia perhati populariti komuniti #BookTok di media sosial TikTok, sekaligus hadir dengan penerbitan mereka tersendiri, dinamakan 8th Note Press. Namun, selepas hanya lebih setahun, ByteDance kini menutup perniagaan tersebut.

8th Note Press sebelum ini telah sedia memeterai perjanjian bersama beberapa penulis, dan memfokuskan kepada penerbitan novel cinta. Beberapa tajuk yang sedia diterbitkan, kini dikembalikan hak kepada penulis. Malah, halaman khusus untuk 8th Note Press di Zando juga kini telah dialih-keluar.

Ia tidak dinyatakan sebab mengapakah ByteDance menamatkan perniagaan berkenaan. Adakah disebabkan trend #BookTok semakin berkurangan, atau mereka menghadapi cabaran dari segi pemasaran dan lain-lain.

Pihak ByteDance tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini buat masa ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved