Bytedance Perlihatkan Seedance 2.5 – Boleh Jana Video Berdurasi Sehingga 30 Saat

TechnologyDigital
23 Jun 2026 • 10:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bytedance Perlihatkan Seedance 2.5 – Boleh Jana Video Berdurasi Sehingga 30 Saat

Bytedance sedia menerajui arena penjanaan video menggunakan sokongan kecerdasan buatan, membolehkan pengguna menggunakannya dalam menjana video berkualiti tinggi, jauh lebih baik berbanding penyedia lain. Seedance 2.0 sebelum ini sendiri sedia mencuri perhatian ramai, dan kini Bytedance turut memperlihatkan kemaskini untuk model berkenaan, iaitu Seedance 2.5.

Seedance 2.5 disasarkan untuk ditawarkan di China seawal Julai 2026 ini. Salah satu peningkatan pada model ini adalah keupayaan untuk menjana video berdurasi sehingga 30 saat, selain turut menyokong penyertaan sehingga 50 aset multi-modal ketika penjanaan.

Model generasi baru ini juga lebih menekankan kepada kadar konsisten tinggi antara bingkai video yang dijana dan digabungkan. Dengan penambah-baikkan serta durasi lebih lama, ia dijangka akan lebih mengubah corak industri kreatif bergerak kehadapan.

Bersama-sama perkongsian berkenaan Seedance 2.5, pihak Bytedance juga turut menambah-baik Seedance 2.0, dimana kini ia boleh menjana video pada resolusi 4K.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved