Bytedance Seedance 2.0 Dilancarkan – Model AI Generatif Menjana Video Realistik

TechnologyDigital
13 Feb 2026 • 2:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bytedance melancarkan model kecerdasan buatan (AIO) generatif terkini mereka Seedance 2.0 yang mampu menghasilkan video lebih realistik berbanding versi terdahulu. Di China Seedance 2.0 boleh diakses menerusi aplikasi Doubao dan Dreamina. Walaupun ia sebuah AI multi modal, atas sebab keselamatan muat naik gambar individu tidak dibenarkan atas sebab keselamatan mengelakkan video palsu dijana.

Pengguna Doubao dan Dreamina walau bagaimanapun boleh memuat naik wajah sendiri untuk menjana video diri mereka sendiri. Ia hanya boleh dilakukan selepas pengesahan identiti diri menggunakan audio dan rakaman video dilakukan terlebih dahulu.

Peningkatan kemampuan Seedance 2.0 berbanding 1.0 ialah ia lebih konsisten, memahami hukum fizik dan arah bagi menjadi video yang nampak realistik. Ia turut boleh menjana klip sehingga 20 saat berbanding hanya 8 saat pada Seedance 1.0.

Di media sosial sudah tular video Tom Cruise menentang Brad Pitt dan Optimus Prime melawan Godzilla. Sehari selepas dilancarkan Bytedance telah menerima kecaman Persatuan Filem Amerika Syarikat (MPA) kerana menyebabkan pelanggaran hak cipta dilakukan.

View Original Article