Nekad terjun dari tingkat dua bangunan, rupa-rupanya...

11 May 2019 • 4:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang nekad terjun dari tingkat dua sebuah premis di Lorong Haji Taib 1 di sini semalam ditahan kerana didapati menyembunyikan sejumlah dadah dalam duburnya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, suspek berusia 42 tahun itu terjun melalui tingkap bagi mengelak ditahan pada kira-kira jam 10.15 pagi.

"Polis kemudiannya memanggil ambulans untuk membawa suspek ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan kerana retak tulang punggung dan kedua-dua belah kaki.

“Ketika pemeriksaan, pasukan perubatan menjumpai satu bungkusan plastik dadah jenis heroin dan satu balutan sellotape warna biru dipercayai methamphetamine dalam dubur suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Fahmi berkata, pegawai perubatan kemudian membuat laporan dan menyerahkan dadah yang ditemui itu kepada pihak polis.

Mohd Fahmi berkata, suspek yang mempunyai rekod jenayah berkait dadah kini direman selama empat hari sehingga Selasa untuk siasatan lanjut.

"Rakan suspek iaitu seorang lelaki dan wanita yang berada di premis itu juga ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved