Realme X50 5G Kini Rasmi – Dilengkapi Skrin 120Hz Dan Snapdragon 765G

TechnologyDigital
7 Jan 2020 • 4:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme X50 5G telah dilancarkan secara rasmi di China sebentar tadi. Seperti yang telah diuar-uarkan sejak beberapa minggu yang lalu, peranti ini dilengkapi oleh pemproses Snapdragon 765G yang menyokong rangkaian 5G.

image is not available
Dari segi spesifikasi, Realme X50 5G dilengkapi skrin LCD 6.57″ HD penuh dengan kadar segar semula 120Hz. Oleh kerana masih menggunakan skrin LCD, pengimbas cap jari telah diletakkan pada sisi kanan peranti. Pemproses Snapdragon 765G dipadankan dengan memori sehingga 12GB, storan sehingga 256GB UFS 2.1 dan bateri sebesar 4200 mAh. Bateri ini boleh dicas semula menggunakan sistem 30W VOOC Flash Charge 4.0.

image is not availableKamera utama menggabungkan sensor 64+8=12+ Megapixel. Lensa yang digunakan adalah sudut lebar, ultra sudut lebar, telefoto dan makro. Kemampuan zum hibrid sehingga 20X boleh dilakukan. Kamera hadapan pula ialah 16+8 Megapixel yang menyokong lensa ultra sudut lebar. Peranti ini turut mampu melakukan rakaman video 4K 30FPS.

Sistem operasi yang digunakan adalah Android 10 dengan pelancar realme UI. Di China Realme X50 5G dijual pada harga di antara RMB 2499-2999 (~RM 1475-1800).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved