Malaysia #QuranHour jadi acara tahunan sekolah

30 Aug 2019 • 2:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Penyelaras programnya, Nik Azmi Nik Nor berkata, program Malaysia #QuranHour sudah menjadi acara tahunan sekolah itu sejak tiga tahun lalu.

"Untuk tahun ini, kita teruskan lagi kerana penganjuran program ini memberi impak besar kepada pelajar.

"Menerusi program ini, kita dapat bina budaya membaca, memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kalangan pelajar Islam," katanya.

image is not available
Barisan guru SMK Sura yang menjayakan Malaysia #QuranHour.

Pada program itu, pelajar membaca al-Quran beramai-ramai dipimpin seorang guru agama, Ustaz Mohd Ikram Ghazali sebelum peserta turut mendengar terjemahan dan tafsir ayat yang dibaca.

Turut menyertai Malaysia #QuranHour ialah Kolej Vokasional Dungun dengan penglibatan seramai 450 pelajar.

SMK Sura merupakan antara perintis yang melaksanakan program World #QuranHour di Dungun dan mereka turut menyertai World #QuranHour pada Mei lalu.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved