Peranti Pixel Lama Tidak Akan Menerima Fungsi Live HDR+ Dan Dual Exposure Controls

TechnologyDigital
22 Oct 2019 • 11:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada pelancaran peranti Pixel 4, Google memberikan masa yang lama untuk pembentangan teknologi yang digunakan pada aplikasi kamera. Antara fungsi menarik yang diperlihatkan ialah Live HDR+ dan Dua Exposure Control. Menerusi dua fungsi ini, pemilik Pixel 4 boleh melihat gambar yang akan diambil sebelum butang kamera ditekan.

Tetapi Google telah mengesahkan menerusi ciapan mereka bahawa kedua-dua fungsi ini tidak akan disokong pada peranti Pixel model terdahulu. Besar kemungkinan adalah kerana kedua-duanya memerlukan cip Pixel Neural Core baharu yang hanya wujud pada Pixel 4. Peranti Pixel 3 misalnya hanya dilengkapi cip Pixel Visual Core.

Masih ada berita baik bagi pemilik Pixel lama kerana fungsi astografi akan diterima menerusi kemas kini. Seperti kami laporkan pagi ini, Pixel 4 pada waktu ini berada di tangga ke-lapan dengan kemampuan fotografi terbaik menurut laman DXOMark.