Digi Mengingatkan Pengguna Untuk Duduk Di Rumah Pada Status Selular Peranti

TechnologyDigital
20 Mar 2020 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita di hari ketiga arahan pengurangan pergerakan oleh kerajaan bagi merendah keluk penyebaran wabak Covid-19. Walaupun arahan telah diberikan berkali-kali oleh pihak berkuasa, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak cakna dan masih melakukan aktiviti harian seperti biasa.

image is not available
Pelbagai kempen sedang dilakukan pelbagai pihak bagi menyokong usaha kerajaan ini. Sekiranya anda pelanggan Digi, syarikat telekomunikasi ini memberikan sokongan dengan memberikan peringatan pada status selular peranti. Ia kini memaparkan teks “Digi – Stay Home” menggantikan teks biasa “Digi”.

Kepada pembaca Amanz kami menyarankan anda untuk duduk di rumah bagi mematuhi arahan kerajaan. Sekiranya bosan anda mungkin boleh menonton saluran filem percuma yang ditawarkan Astro, iFlix Vip dan melayari web tanpa menggunakan Unifi. Selamat menempuh dua minggu yang mencabar ini bersama.

Terima kasih Jofitri untuk tip ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved