Masalah Kamera Bergegar Google Pixel 3 Tidak Boleh Dibaiki Dengan Kemaskini Perisian

TechnologyDigital
6 Aug 2019 • 12:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixel adalah peranti daripada Google yang mempunyai kamera yang hebat. Hebat di sini bukanlah sehebat seperti peranti Huawei P30 Pro, tetapi kemampuan yang hampir setanding dengan hanya satu lensa sahaja. Google menggabungkan kehebatan perisian dan juga perkakasan dengan algoritma tersendiri.

image is not available

Bagi pengguna Pixel 3 dan beberapa pengguna Pixel 3 XL, anda pasti akan sedar yang ketika mengambil gambar – peranti ini akan mempunyai masalah gegaran yang serius. Isu ini adalah berkait dengan OIS yang bermasalah. Masalah ini dilihat berlaku apabila sedang memfokus sesuatu objek untuk mengambil gambar. Selain itu ada pengguna yang melaporkan yang turut akan kedengaran bunyi bising.

image is not available

Kebiasaannya masalah seperti ini Google boleh baiki sahaja dengan kemaskini perisian. Tetapi apabila pihak Android Police menghubungi pihak Google, Google tidak memberi jawapan akan masalah ini dan bila kemaskini untuk membaiki masalah ini. Jalan penyelesaian sekarang yang boleh membaiki isu ini adalah dengan membuat tuntutan waranti dan baiki perkakasan kamera sahaja. Pertama kali isu kamera Google dilihat tidak boleh dibaiki dengan kemaskini perisian.