APMM aktif SAR cari nelayan hilang

13 Sep 2019 • 2:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

LAHAD DATU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan pemegang dokumen IMM13 sejak semalam, selepas dilaporkan hilang setelah keluar memancing di Pulau Burung Rabu lepas.

APMM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menggerakkan sebuah bot Halilintar 5 bagi melancarkan pencarian mangsa di sektor pencarian merangkumi keluasan 60.4 batu nautika persegi perairan Pulau Burung.

"Operasi mencari mangsa Ebno Salim, 48, diketuai oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Lahad Datu Lt Madya Wan Syarafuddin Jasni Wan Badarudin.

"Agensi lain yang bersama dalam pencarian itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta bot nelayan tempatan," katanya.

Menurut kenyataan itu juga, APMM memandang serius terhadap sebarang kecemasan di laut dan sentiasa mengambil langkah serta inisiatif terbaik dalam mengurangkan kadar kehilangan nyawa di laut.

Sehubungan itu, orang awam di Lahad Datu dinasihatkan segera menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan di laut jika ada, dengan menghubungi Bilik Operasi Zon Maritim Lahad Datu di talian 089-885727.

Semalam, seorang nelayan dilaporkan hilang selepas keluar memancing di Pulau Burung pada 2 petang sejak Rabu dan turut ditemui bot pam dinaiki mangsa dalam keadaan enjin bot masih hidup. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved