Covid-19: Penyelidik cipta robot, bantu selamatkan nyawa

Technology
5 Mar 2020 • 9:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHANGHAI - Penyelidik di salah sebuah universiti terkemuka di China mencipta robot yang didakwa dapat membantu menyelamatkan nyawa di barisan hadapan semasa wabak koronavirus (Covid-19).

Mesin itu terdiri daripada lengan robot beroda dan boleh melakukan ultrasound, mengambil cecair mulut serta mendengar bunyi dihasilkan oleh organ pesakit yang biasanya dilakukan dengan stetoskop.

Dengan menggunakan robot yang dilengkapi kamera itu, kakitangan perubatan tidak perlu berada di dalam bilik yang sama dengan pesakit selain boleh berada di sebuah bandar yang berbeza.

"Virus ini sangat cepat berjangkit. Kita boleh gunakan robot untuk melaksanakan tugas paling berbahaya," kata pereka utama robot, Profesor Zheng Gangtie dari Universiti Tsinghua.

Pasukan Gangtie kini mempunyai dua robot yang diuji doktor di hospital di Beijing dan satu lagi masih berada di makmal universiti berkenaan. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved