Vivo Melanjutkan Promosi – Tawar Penghantaran Percuma & Waranti Tambahan Selama 6 Bulan

TechnologyDigital
17 Apr 2020 • 3:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Bagi anda yang memasang impian memiliki peranti keluaran Vivo pada harga berbaloi dan terendah, Vivo Malaysia kini melanjutkan lagi tempoh promosi di platrfom kedai atas talian rasmi mereka dengan sejumlah penawaran lebih baik.

Antaranya, perkhidmatan penghantaran secara percuma dan anda juga layak mendapat lanjutan waranti selama 6 bulan untuk setiap pembelian yang dibuat.

Selain itu, setiap pembelian akan didatangkan dengan sejumlah hadiah menarik seperti botol air (untuk pembelian model Vivo Y11 & Y15 (2020) , pembesar suara blutooth untuk pembelian model Vivo Y19), pemerah jus (untuk pembelian model Vivo S1 Pro & V17) dan pek hadiah misteri menarik (untuk pembelian model Vivo NEX3).

Untuk makluman, promosi ini turut berlangsung di platform beli – belah atas talian lain seperti Lazada dan Shopee.

Beli dari: Vivo