CAAM kuat kuasa pematuhan QoS kendali bagasi penumpang

LocalTravel
19 Apr 2026 • 1:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang menguatkuasakan pematuhan terhadap standard Kualiti Perkhidmatan (QoS) susulan gangguan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Sabtu.

CAAM dalam kenyataan memaklumkan tindakan pengawalseliaan dan penguatkuasaan yang sewajarnya akan diambil sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.

"Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) diingatkan untuk mematuhi piawaian QoS yang telah ditetapkan, termasuk kecekapan pengendalian bagasi penumpang yang tepat pada masanya.

"MAHB juga dikehendaki melaksanakan langkah pembetulan dan pencegahan yang perlu bagi mengelakkan kejadian berulang," katanya pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, CAAM mengesahkan operasi termasuk daftar masuk dan pelepasan di KLIA Terminal 1 telah stabil dan kembali seperti biasa.

"Sebagai pengawal selia penerbangan, CAAM telah melaksanakan pemantauan rapi terhadap proses pemulihan dan terus berinteraksi dengan MAHB serta syarikat-syarikat penerbangan.

"Perkara itu adalah bagi memastikan penstabilan operasi sepenuhnya dan pematuhan terhadap semua piawaian keselamatan dan perkhidmatan yang berkenaan," katanya.

CAAM kekal komited untuk menegakkan standard tertinggi dari segi keselamatan, kualiti perkhidmatan dan kecekapan dalam sektor penerbangan negara, serta akan terus memastikan akauntabiliti dalam kalangan semua entiti yang dikawal selia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved