CAAM : Penumpang Dilarang Guna “Skuter” Bagasi Pintar Di Apron Lapangan Terbang

TechnologyDigital
18 Nov 2024 • 6:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kini mengeluarkan peringatan dan arahan keselamatan, melarang pengguna daripada menggunakan atau menunggang skuter bagasi sebagai mod pengangkutan dalam kawasan apron lapangan terbang. Kawasan apron lapangan terbang adalah kawasan berpermukaan keras di terminal, yang selalunya mempunyai banyak jentera berat, pesawat, kenderaan perkhidmatan darat, dan petugas yang perlu mematuhi peraturan keselamatan dalam mengelak kemalangan mahupun kerosakan peralatan.

Larangan ini adalah dikawasan apron lapangan terbang sahaja. Pengguna masih boleh menggunakan skuter bagasi di ruang zon menunggu dan juga dataran terminal.

Selain dilarang menggunakan di kawasan apron, bagasi pintar atau skuter bagasi juga perlu dimatikan kuasa, serta komponen bateri perlu dimatikan ketika berada di ruangan apron.

CAAM turut menekankan yang mana walaupun skuter bagasi memudahkan urusan pengangkutan, namun di apron lapangan terbang ia boleh membawa kepada risiko keselamatan.