CAAM sahkan helikopter terputus hubungan, SAR digerakkan

11 Sep 2022 • 6:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter jenis Eurocopter telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada pukul 12.16 tengah hari tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Chester Voo berkata, helikopter dengan seorang juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

"Sistem radar di KLATCC telah merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter terbabit. Pegawai kawalan trafik udara cuba menghubungi juruterbang, namun tiada panggilan kecemasan dibuat.

"Semakan daripada bacaan radar menunjukkan kehilangan ketinggian yang besar dalam masa kurang daripada satu minit.

"Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KLARCC) di KLATCC telah segera diaktifkan untuk menentukan lokasi helikopter itu," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu Chester berkata, helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di lokasi terakhir yang diketahui untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR).

Terdahulu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, helikopter milik syarikat swasta berkenaan dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran Bidor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved