CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik

15 Mar 2024 • 10:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan penerbangan Malaysia Airlines MH2664 yang dalam perjalanan ke Tawau pada hari ini, berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud ketika dihubungi Bernama berkata CAAM telah menerima laporan daripada Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) tentang insiden berkenaan.

“Saya dapat laporan daripada ATC. Laporan cuma cakap berpatah balik dan ‘tiada kejadian susulan’.

“Syarikat akan bagi laporan terperinci dalam masa 48 jam kepada CAAM,” katanya.

Berdasarkan maklumat dipaparkan laman web www.flightaware.com, penerbangan MH2664 dilaporkan berlepas 2.45 petang sebelum berpatah balik ke KLIA.

Pesawat itu dilaporkan berlegar-legar di ruang udara di Pahang sebelum tiba di KLIA pukul 5.07 petang.

Setakat 8.30 malam, MAS masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden itu. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved