CAAM Terima Maklumat Kemalangan Udara Babitkan Sebuah Helikopter Di Cameron Highlands

26 Oct 2022 • 5:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PUTRAJAYA, 26 Okt (Bernama) — Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan menerima maklumat berhubung kemalangan udara membabitkan sebuah helikopter berhampiran Tanah Rata di Cameron Highlands, Pahang pada pukul 1.03 tengah hari hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Chester Voo dalam satu kenyataan berkata helikopter jenis Airbus AS 355 F2 itu dikendalikan Layang Layang Aerospace Sdn Bhd, membawa seorang juruterbang dan lima penumpang ketika kemalangan.

Voo berkata helikopter dengan nombor pendaftaran 9M-SSW itu berlepas dari Kampung Gawin, Kelantan ke Tanjung Rambutan, Perak pada 12.20 tengah hari.

Beliau berkata Pusat Kawalan Operasi Kecemasan (EOC) CAAM dan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautial (ARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di Sepang diaktifkan segera pada 1.11 tengah hari.

“Unit mencari dan menyelamat pertama melalui jalan darat telah digerakkan ke lokasi kejadian 19 minit kemudian dan usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan,” katanya.

Voo berkata siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian 26 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, lima anggota pasukan perubatan serta seorang juruterbang selamat dalam kemalangan itu.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved