Cabar Diri Makan Ulat Sagu Mentah, Netizen Kagum Dengan Keberanian Minah Salleh Ini

10 Sep 2022 • 5:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Butod atau ulat sagu merupakan makanan tradisi masyarakat Borneo

Cabar Diri Makan Ulat Sagu Mentah, Netizen Kagum Dengan Keberanian Minah Salleh Ini. Butod atau ulat sagu adalah sejenis ulat yang hidup di dalam pokok rumbia yang telah reput.

Bagi penggemar makanan eksotik, makanan seperti ulat rumbia ini adalah makanan yang istimewa kerana mempunyai khasiat serta protein yang tinggi.

image is not available
Cabar Diri Makan Ulat Sagu Mentah, Netizen Kagum Dengan Keberanian Minah Salleh Ini. Kredit Foto: Tiktok Elvirademcha

Terbaharu, riuh di media sosial Tiktok apabila seorang wanita yang berasal daripada Ukraine telah memuat naik satu video berkenaan cabaran memakan butod atau ulat sagu.

Video itu telah dimuat naik oleh wanita bernama Elvirademcha di akaun Tiktok miliknya dan semasa artikel ini ditulis video itu telah mendapat sebanyak 425 ribu tontonan serta 43 ribu tanda suka.

Difahamkan, beliau melakukan cabaran memakan ‘butod’ ketika berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah untuk bercuti.

Menerusi video tersebut, beliau telah berjaya melakukan cabaran itu walaupun pada awalnya beliau dilihat agak takut untuk mencuba makanan eksotik itu.

Tindakan beliau akhirnya dipuji netizen

Berdasarkan video berdurasi 1 minit 45 saat itu, walaupun pada awalnya beliau ‘tidak sanggup’ untuk menikmati butod secara mentah namun tindakan beraninya itu telah mendapat pujian warga Tiktok.

Rata-rata komen daripada netizen mendakwa kebiasaanya butod jarang dimakan secara mentah sebaliknya butod hendaklah dimasak terlebih dahulu untuk dinikmati.

image is not available
Kredit Foto: Tiktok Elvirademcha

image is not available
Kredit Foto: Tiktok Elvirademcha

image is not available
Kredit Foto: Tiktok Elvirademcha

Netizen turut berkongsi cara menikmati ‘butod’

Meninjau ke ruangan komen, ada juga netizen mencadangkan beberapa cara untuk menikmati Butod ini.

Lebih menarik lagi, ada segelintir netizen turut berkongsi resepi dan cara menikmati butod atau ulat sagu ini.

Ada yang mencadangkan beliau untuk menggoreng atau memanggang ulat sagu itu terlebih dahulu.

image is not available
Kredit Foto: Tiktok Elvirademcha

image is not available
Kredit Foto: Tiktok Elvirademcha

image is not available
Kredit Foto: Tiktok Elvirademcha

Oleh itu, tindakan wanita ini wajar dipuji kerana masyarakat borneo sendiri belum pasti berani untuk mencuba makanan eksotik ini secara mentah.

Baca lagi mengenai gelagat Mat Salleh ketika berkunjung ke Malaysia: