Cabaran realiti bola sepak sebenar Luton Town bermula

Football
13 Aug 2023 • 8:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rob Edwards. - Foto AFP

KELAB Liga Kejuaraan, Luton Town yang baru dinaikkan pangkat ke liga tertinggi England, ditunjukkan realiti sebenar bola sepak kompetitif apabila dibelasah Brighton & Hove Albion, 4-1 di Stadium Komuniti American Express.

Ia merupakan perlawanan pertama divisyen teratas Luton dalam tempoh 31 tahun sebelum Liga Perdana Inggeris diperkenalkan dan kebanyakan pakar melihat kelab itu mempunyai peluang kecil untuk bertahan selepas kejayaan mengejut dalam playoff Liga Kejuaraan pada Mei.

Namun pengendali Luton Town, Rob Edwards merasakan The Hatters seakan ketinggalan jauh selepas Solly March meletakkan The Seagulls memimpin separuh masa pertama.

“Saya fikir kami betul dalam permainan pada kedudukan 1-0 dan 2-1, apabila kami bersaing dengan baik.

“Namun gol ketiga membunuh kami selain kami mempunyai banyak peluang untuk mengeluarkan bola tapi tidak mengambilnya dan ketika itu lawan menunjukkan sifat kejam dalam liga.

“Pada separuh masa pertama saya fikir kami mantap, padat dan agresif dan kami mengekalkan ancaman serangan balas pasukan lawan,” katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved